WhatsApp Memperkenalkan Ciri Katalog – Memudahkan Jual-Beli Terus Melalui Aplikasi Permesejan Berkenaan
WhatsApp sebelum ini sedia mengumumkan ciri untuk jual-beli melalui aplikasi berkenaan, dan hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan ciri berkenaan di beberapa buah negara.
Melalui penawaran ciri Katalog ini, ia membolehkan para penjual untuk berkongsi barangan yang mereka ingin menjual dengan lebih teratur – berbanding keperluan untuk berkongsi gambar secara satu demi satu kepada pembeli melalui tetingkap sembang WhatsApp.
Untuk membuat katalog, penjual perlu mempunyai akaun WhatsApp Business yang ditawarkan secara percuma melalui sebuah aplikasi berasingan.
Buat masa ini, sokongan katalog ini ditawarkan di Brazil, Jerman, India, Indonesia, Mexico, UK dan juga AS. Ia dijangka diperluaskan ke negara-negara lain tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment