Sebelah Tangan Riba Adik Sebelah Lagi Tulis Nota, Kecekalan Anak Ini Tuntut Ilmu Menyentuh Hati
Peredaran zaman menuntut kita untuk memperolehi ilmu pengetahuan, justeru pendidikan amat penting untuk memastikan masa depan lebih terjamin.
Namun, tidak semua yang bernasib baik mendapatkan pendidikan yang sempurna, seperti kisah seorang anak kecil ini apabila fotonya mula tular di media sosial, memaparkan semangatnya untuk belajar walaupun sedang menjaga adik.
Sebelah tangan pangku adik, sebelah lagi tulis nota
Mungkin bukan datang daripada keluarga yang senang, membuatkan anak kecil ini mengambil tanggungjawab untuk mengasuh adiknya sementara ibu dan ayah keluar mencari rezeki.
Lihat sajalah kecekalan anak kecil ini, kepayahan hidup yang dialami tidak sedikit pun memutuskan semangatnya untuk menuntut ilmu sama seperti rakan sebaya yang lain.
Kasih abang kepada adik…
Dapat juga diperhatikan menerusi foto yang dikongsikan, meskipun sedang belajar di dalam kelas si abang masih tetap menjaga keperluan adiknya termasuk memberikan makan dan menidurkan adiknya.
Mak ayah keluar cari rezeki, abang tolong jaga adik
Foto kanak-kanak itu sudah mula tersebar di laman sosial media dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Kebanyakanya, tersentuh dengan kecekalan yang dalam diri anak itu.
Kanak-kanak sepatut dijadikan inspirasi kepada ramai, sesusah mana pun hidup yang kita tempuhi, jika kita nekad sudah pastinya kejayaan bakal menanti.
Sumber : Miker Miker via https://ift.tt/2FBm52p
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment