Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disney+ Bakal Tiba Di Beberapa Negara Eropah Pada 31 Mac 2020 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disney+ Bakal Tiba Di Beberapa Negara Eropah Pada 31 Mac 2020


12 November adalah tarikh keramat apabila perkhidmatan penstriman Disney+ akan tiba di beberapa negara, termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Netherlands, Australia dan New Zealand.

Sejak pengumumannya beberapa bulan yang lalu, tiada berita yang diumumkan mengenai kehadiran di pasaran-pasaran lain, tetapi melalui sebuah kicauan oleh akaun Twitter Disney+, pihak Disney nampaknya telah mengumumkan beberapa negara tambahan yang akan boleh mengakses perkhidmatan tersebut.

Negara-negara tersebut ialah United Kingdom, Jerman, Itali, Sepanyol, dan mereka akan boleh mengakses Disney+ pada 31 Mac 2020. Kicauan tersebut turut menyatakan bahawa negara-negara tambahan akan diumumkan lebih dekat kepada tarikh pelancaran di negara-negara ini.

Disney turut mengatakan bahawa tajuk-tajuk yang boleh diakses di negara-negara ini mungkin berbeza daripada negara-negara lain, mungkin kerana isu perlesenan.

Buat masa ini, Disney masih belum mengumumkan bilakah negara-negara di rantau Asia akan boleh mengakses perkhidmatan Disney+ ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.