Kapal Pembersih Sampah Sungai Swalayar The Interceptor Kini Diuji Di Sungai Klang
Ocean Cleanup ialah syarikat yang cuba membersihkan lautan dari sampah yang dihasilkan oleh manusia. Dua percubaan telah dilakukan untuk membersihkan tompokan sampah di North Pacific Gyre, yang lebih dua kali ganda keluasan tanah Malaysia. Syarikat ini kini menghasilkan pula Interceptor yang kini melakukan ujian pembersihan di Sungai Klang, Malaysia.
Interceptor berfungsi secara swalayar dengan menggunakan bateri dan boleh dicas menggunakan panel solar pada bahagian bumbung. Setiap Interceptor boleh mengutip 50,000 kg sampah setiap hari. Oleh sebab itu ia tidak memberikan sebarang impak kepada alam sekitar dan boleh berfungsi tanpa pencemaran bunyi. Pada waktu yang sama ini memberikan ia kemampuan melakukan pembersihan 24 jam sehari,
Interceptor 002 yang digunakan di Sungai Klang sekarang adalah salah satu dari empat yang akan dibina dengan sasaran membersihkan 1000 sungai paling kotor di dunia menjelang 2025. Sungai Klang dipilih kerana ia adalah antara 50 sungai yang paling mencemari lautan di dunia.
Selain Malaysia, sebuah lagi Interceptor sedang diuji di Indonesia. Ocean Cleanup menghasilkan Interceptor selepas menyedari 80% sampah di laut berpunca dari sampah yang mengalir dari sungai. Setiap satu bot pembersih sungai ini menelan belanja 700,000 Euro (~RM3.25 juta) tetapi Ocean Cleanup percaya kos dalam dikurangkan dengan penghasilan secara besar-besaran.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment