Hi! Welcome Back and Stay Tune! KDN akui laporan Malaysia jadi transit pengganas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KDN akui laporan Malaysia jadi transit pengganas


Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata, isu dilaporkan kerajaan AS bukanlah perkara baru dan agensi penguat kuasa negara tidak leka dalam memantau dan mengambil tindakan.
SERDANG: Putrajaya mengakui sejak kebalakangan ini negara menjadi “sumber dan titik transit” kumpulan pengganas khususnya puak pelampau Islam, mengesahkan laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai terorisme 2018.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, isu dilaporkan kerajaan AS itu bukanlah perkara baru dan disebabkan itu agensi penguat kuasa bawah kementeriannya tidak leka dalam memantau dan mengambil tindakan.
“Kita memang tahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia adalah negara tumpuan, transit dan sebagainya dengan kumpulan pengganas yang disebutkan laporan itu.
“Elemen yang disebutkan, kita tidak boleh biarkan. Sebab itu bahagian antikeganasan amat penting, untuk menentukan supaya tidak berlaku lagi. Ada yang kita tahan sudah terbukti terlibat dengan pengganas.
“Kita sudah ambil tindakan menahan mereka, tuduh dan sebagainya. Kita dapat kerjasama dengan banyak negara lain untuk kita tangani masalah begini,” kata beliau pada sidang media pada program Hari Keluarga KDN 2019, hari ini.
Semalam, laporan Country Reports on Terrorsime 2018 menyatakan Malaysia kekal sebagai “sumber dan titik transit” kumpulan pengganas seperti IS, Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah.
Laporan tersebut turut mengambil maklum tentang usaha Malaysia menentang terorisme melalui pelbagai cara, termasuk pemantauan media sosial, kawalan sempadan dan undang-undang bagi menyekat aktiviti pembiayaan terorisme.
Ditanya mengenai keselamatan di Sabah, yang sering dikaitkan dengan kehadiran pengganas dari Filipina, Muhyiddin berkata pemantauan berterusan akan tetap dilakukan.
“Polis atau pasukan gerakan am yang kita tetapkan di kawasan itu akan bertindak supaya mereka yang terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan. Ada sedikit kerjasama dengan Filipina,” katanya.
Muhyiddin juga berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen tidak terbabit dalam pengeluaran kad pekerja asing dengan label “kewarganegaraan Sabah”.
Bahkan, beliau menegaskan pihaknya memandang berat isu pengeluaran kad pekerja asing yang didakwa didalangi sebuah firma pengurusan di Kota Kinabalu, Sabah.
“Saya hendak tegaskan JPN dan imigresen tiada kaitan dengan pengeluaran kad sedemikian, justeru ketua pengarah (kedua-dua agensi terbabit) diarahkan untuk meneliti laporan itu.
“Ia bagi mengesahkan sama ada kad pekerja asing ini sah atau palsu, dan jika palsu, tindakan keras mesti diambil terhadap firma pengurusan yang didakwa menjadi dalang dokumen terbabit. Pengeluaran kad sedemikian melanggar Akta Pendaftaran Negara 1959,” kata beliau. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.