Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Agihan Zakat Untuk Bukan Muslim Di Pahang: Mufti Pahang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Agihan Zakat Untuk Bukan Muslim Di Pahang: Mufti Pahang



KUANTAN - Pengagihan wang zakat di Pahang tidak akan diberikan kepada mereka bukan Muslim atau beragama Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, wang kutipan zakat kekal diagihkan kepada golongan memerlukan dari kalangan mereka beragama Islam.

Menurutnya, itu keputusan yang telah dibuat meskipun ada pandangan untuk diagihkan kepada mereka bukan Islam.

"Pandangan itu (agihan wang zakat kepada bukan Islam) tidak terlalu kukuh dan dikategorikan sebagai daif serta ia boleh diperdebatkan.

"Jadi adalah lebih baik jika kita berpegang kepada keputusan bahawa wang hasil kutipan zakat tidak boleh diberikan atau diagihkan kepada orang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.


Kelmarin, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa golongan bukan Muslim di negeri itu layak menerima wang zakat.

Asri dilaporkan berkata, golongan bukan Islam yang layak mendapat wang zakat dikategorikan sebagai asnaf 'muallafah qulubuhum' atau golongan yang ingin diharmonikan sikap serta pandangan mereka terhadap Islam selain berdasarkan syarat ditentukan pemerintah.

Dalam pada itu Abdul Rahman berkata, sekiranya agihan itu mahu diberikan ia aman dibuat melalui badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang menjalankan dakwah.

Beliau berkata, wang agihan zakat itu tidak boleh diberikan kepada individu bukan islam.

"Kalau tetap hendak bagi sekali pun, ia dibuat oleh NGO bagi tujuan dakwah," katanya.

Sumber: Sinar Harian


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.