Lelaki Patah Kaki Akibat Tersepit Eskalator Di Pusat Beli Belah
SEORANG lelaki patah kaki akibat tersepit pada eskalator di pusat beli belah di Kuala Lumpur, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10 pagi hari ini.
“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dapati lelaki berusia 49 tahun tersepit kaki pada eskalator.
“Mangsa patah kaki dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Harian Metro
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment