Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cip NVIDIA DRIVE AGX Orin Diumumkan Untuk Kegunaan Kenderaan Swapandu Tahap 5 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cip NVIDIA DRIVE AGX Orin Diumumkan Untuk Kegunaan Kenderaan Swapandu Tahap 5


Mungkin ramai tidak menyedari selain menghasilkan GPU untuk adikomputer dan permainan video, NVIDIA juga terlibat dalam penghasilkan cip untuk kenderaan swapandu. Model awal Tesla kesemuanya menggunakan cip komputer keluaran NVIDIA sebelum digantikan dengan Full Self Driving Computer (FSDC) pada April lalu. Hari ini di acara NVIDIA GPU Technology Conference, cip terkini NVIDIA DRIVE AGX Orin telah diumumkan.

Cip ini menurut mereka mempunyai kemampuan melakukan 200 trilion perkiraan sesaat yang meletakkannya hampir tujuh kali ganda lebih berkuasa berbanding cip Xavier yang mereka keluarkan sebelum ini. Ia juga hampir dua kali ganda lebih berkuasa berbanding cip FSDC dengan kemampuan 144 trilion perkiraan sesaat

Tambah NVIDIA lagi DRIVE AGX Orin mampu memberikan kemampuan swapandu Tahap 2 sehingga Tahap 5 bergantung kepada keperluan pengguna.Walaupun diumumkan hari ini, NVIDIA menyasarkan penggunaannya pada kenderaan sebenar hanya pada tahun 2022.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.