Kajian Terkini Mendapati Cahaya Biru Sebenarnya Tidak Mengganggu Pola Tidur
Sebelum ini terdapat kajian yang mengatakan cahaya biru dari skrin peranti menyebabkan pola tidur pengguna terganggu. Saranan yang diberikan oleh pakar perubatan menyebabkan fungsi menuras sinar biru disertakan pada hampir kesemua peranti di pasaran sekarang,. Tetapi kajian terbaru dari University of Manchester kini mendapati cahaya biru mungkin tidak mengganggu pola tidur.
Di dalam eksperimen yang dijalankan ke atas tikus makmal cahaya biru mendatangkan kesan yang lebih rendah terhadap jam tubuh berbanding cahaya kuning pada keterangan yang sama. Sebaliknya mereka kini menyarankan penggunaan cahaya yang lebih sejuk dan malap pada waktu malam adalah lebih baik untuk menjaga jam tubuh dari terganggu.
Kajian ini telah diterbitkan di dalam jurnal Current Biology. Ini membuatkan kami tertanya-tanya adakah penggunaan penuras cahaya biru pada telefon pintar seperti Night Shift (pada iPhone) atau Blue Light Filter (pada Android) membuatkan anda lebih mudah tidur? Kami sendiri secara peribadi tidak dapat melihat perbezaan yang ketara. Penggunaan mod malam yang menggelapkan antaramuka dari pengalaman peribadi lebih efektif berbanding menukar skrin peranti menjadi kekuningan dengan menuras cahaya biru,
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment