Hi! Welcome Back and Stay Tune! Paparan Gaming ASUS TUF Gaming VG279QM Dengan Kadar Segar Semula 280Hz Diperlihatkan – Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Paparan Gaming ASUS TUF Gaming VG279QM Dengan Kadar Segar Semula 280Hz Diperlihatkan – Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun Hadapan


ASUS ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk siri komputer desktop, komputer riba dan pelbagai aksesori-aksesori gaming yang lain. Terkini, melalui siri The Ultimate Force mereka, ASUS telah memperkenalkan paparan skrin dengan kadar segar semula 280Hz pertama mereka yang dinamakan ASUS TUF Gaming VG279QM.

Paparan VG279QM ini hadir dengan skrin bersaiz 27 inci, yang dibina menggunakan panel IPS dan mempunyai resolusi Full HD 1920×1080 pixel. Disamping kadar  segar semula 280Hz, paparan ini juga mempunyai masa pendam (response time) GTG serendah 1ms sahaja.

Selain daripada itu, paparan VG279M ini juga mempunyai sudut pandangan selebar 178 darjah, dan hadir dengan pengesahan HDR400 dan menyokong teknologi kadar segar semula boleh-ubah NVIDIA G-SYNC.

Dari segi sokongan palam, ia dilengkapi dengan satu palam DisplayPort 1.2 dan dua palam HDMI. Buat masa ini, harga paparan ASUS TUF Gaming VG279QM ini tidak diketahui lagi, tetapi menurut laporan daripada Lowyat.Net, ia akan memasuki pasaran tempatan pada awal tahun hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.