Google, Amazon & Apple Bekerjasama Untuk Piawaian Baharu Sambungan Peranti Berhubung
Google, Amazon dan Apple adalah syarikat gergasi dalam industri teknologi. Masing-masing ada kepakaran masing-masing, seperti Apple dengan iOS, Google dengan data mereka dan Amazon dengan sistem AWS mereka. Tetapi, kesemua mereka ini ada persamaannya – iaitu masing-masing mempunyai produk peranti berhubung tersendiri. Namun, setiap sambungan atau tambatan peranti berhubung ke ekosistem masing-masing adalah berlainan dan leceh untuk digunakan. Lebih-lebih lagi pengguna yang tidak memihak kepada mana-mana jenama.
Oleh yang demikian, Google, Amazon dan Apple telah bekerjasama untuk piawaian baharu sambungan peranti berhubung – Connected Home over IP. Piawaian ini diuruskan oleh Zigbee Alliance. Ini bermakna, mana-mana peranti berhubung yang menggunakan sistem ini boleh berfungsi dengan baik bersama-sama dengan Siri, Alexa atau juga Google Assistant. Google sudah pun menggunakan teknologi seperti ini sejak tahun 2011 lagi melalui produk Nest (ketika itu belum milik Google). Jadi ia terbukti berfungsi dengan baik. Kemudian, Google juga menyediakan dua platform sumber terbuka Weave dan Thread iaitu platform peranti berhubung yang boleh digunakan oleh para pembangun dan pengguna.
Kelak, semua peranti berhubung mudah dikawal oleh pengguna dan pengguna bebas memilih ekosistem mana yang ingin mereka gunakan tanpa perlu membuat tetapan semula dari awal. Lebih menarik, IKEA, Samsung dan banyak lagi syarikat yang sudah menghasilkan produk peranti berhubung turut akan sertai piawaian ini akan datang.
Lagi Maklumat Mengenai Piawaian Oleh Zigbee Alliance
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment