Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Menguji Tab Baharu “Explore” – Sudah Lebih Setahun, Masih Lagi Dalam Ujian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Menguji Tab Baharu “Explore” – Sudah Lebih Setahun, Masih Lagi Dalam Ujian


Di aplikasi Google sebelum ini ada tab Explore, tetapi diubah menjadi Discover.  Di Google Maps juga ada tab Explore, tetapi kelak akan diubah juga. Tahukah anda yang di aplikasi YouTube turut mempunyai tab Explore? YouTube telah menguji tab ini sejak Julai tahun lepas lagi, namun sehingga hari ini ia masih dalam ujian.

Melalui tab Explore ini, pengguna boleh lihat lebih banyak kandungan YouTube dari pelbagai jenis topik seperti fesyen, muzik, permainan dan banyak lagi. Ia seoalah mengumpulkan video-video yang sedang popular atau tular. Walau bagaimanapun, tab Trending pada YouTube masih akan dikekalkan. Cuma dengan tab Explore ini, YouTube ingin membantu saluran-saluran yang baru ingin berkembang. Kini selepas lebih setahun, YouTube telah mengemaskini tab Explore ini dengan antaramuka baharu.

Tab Explore ini mula diuji pada peranti iOS, kini ia mula berkembang kepada peranti Android pula. Disebabkan ia adalah kemaskini dari bahagian pelayan, tidak semua pengguna akan lihat tab ini. Disebabkan Google telah kembali aktif menguji tab ini, ia mungkin akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.