Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sijil MPSO mandatori ke atas ladang sawit 40 hektar ke atas, kata Teresa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sijil MPSO mandatori ke atas ladang sawit 40 hektar ke atas, kata Teresa


Menurut Kementerian Industri Utama setakat 21 Feb lepas, seluas 4.42 juta hektar atau 74.8% daripada 5.9 juta hektar tanaman sawit di Malaysia mendapat pensijilan MSPO.
TAWAU: Mandatori bagi pengusaha tanaman sawit di tanah seluas 40 hektar dan ke atas mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) berkuat kuasa pada tahun ini, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Kim.
Beliau berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menarik balik lesen pengusaha yang gagal mematuhi perkara berkenaan.
“MSPO adalah mandatori untuk tanaman sawit 100 ekar (40 hektar) dan ke atas,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Sayangi Sawitku peringkat Sabah di Teck Guan Cocoa Village di sini, hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Wilfred Madius Tangau yang mewakili Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal.
Menurut Kok, setakat 21 Feb lepas, seluas 4.42 juta hektar atau 74.8% daripada 5.9 juta hektar tanaman sawit di Malaysia telah mendapat pensijilan MSPO.
“Manakala kilang buah sawit yang mendapat pensijilan MSPO adalah sebanyak 390 daripada 452 kilang buah sawit di Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Kok berkata, kerajaan menjangkakan kenaikan harga minyak sawit mentah pada tahun ini berikutan pelaksanaan biodiesel B20.
“Prestasi minyak yang tidak memberangsangkan semenjak 2018 mula menunjukkan tanda positif dengan paras harga minyak sawit mencecah RM3,013.50 setan pada Januari 2020,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.