Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia 5.3 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia 5.3 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi


Nokia 5.3 merupakan salah satu telefon pintar terbaru daripada HMD Global yang telah dilancarkan pada bulan Mei 2020 lepas. Terbaru, pengedar tempatan untuk peranti Nokia, iaitu Macpie Distribution telah mula mengacah kehadiran telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Nokia 5.3 Akan Datang

Nokia 5.3 hadir dengan skrin 6.55-inci FHD+ Pure Display, dijana dengan cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan 10W.

Untuk rakaman gambar, Nokia 5.3 menyertakan empat kamera belakang gabungan 13MP + 5MP + 2MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel.

Nokia menggunakan sistem operasi Android 10, dan menjanjikan kemaskini sistem operasi sehingga tiga tahun lamanya.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut seperti tarikh pelancaran dan harga jualannya tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.