Hi! Welcome Back and Stay Tune! realme C11 – Peranti Kelas Permulaan Dengan Bateri 5000mAh Dan Penggambaran Malam Yang Baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

realme C11 – Peranti Kelas Permulaan Dengan Bateri 5000mAh Dan Penggambaran Malam Yang Baik


Pada zaman yang serba canggih sekarang, telefon pintar telah menjadi satu keperluan kepada setiap individu bagi memudahkan proses komunikasi dapat disampaikan dengan lancar. Dengan peredaran teknologi masa kini, syarikat-syarikat pengeluar peranti telah melancarkan pelbagai jenis model telefon pintar bagi memenuhi kehendak dan keperluan semua golongan masyarakat. Bagi realme sendiri, mereka telah melancarkan telefon pintar realme C11 bagi memenuhi permintaan individu yang sedang mencari peranti kelas permulaan yang berbaloi untuk dibeli.

Telefon pintar ini membawakan rekaan skrin seluas 6.5 inci dengan nisbah skrin ke badan 20:9 yang lebih menyeluruh sehingga 88.7% bersama rekaan takuk seumpama titisan air. Dengan rekaan skrin yang lebih menyeluruh ini, ia dikatakan mampu untuk memberikan paparan dan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan. Malah, rekaannya juga dikatakan tidak mudah meninggalkan kesan cap jari dan tidak mudah calar serta tergelincir daripada tangan anda sekaligus menjadikannya selesa untuk dipegang. Menurut realme, rekaan yang dibawa oleh realme C11 ini merupakan rekaan yang terbaru dan sedikit berbeza daripada rekaan peranti-peranti realme sebelum ini. Pada bahagian belakang peranti ini pula, ia menempatkan kamera utama telefon pintar ini yang telah disusun dalam bentuk segi empat tepat.

Bercakap mengenai kameranya, realme C11 ini telah dibina dengan dua kamera belakang yang disusun bersama dengan lampu flash dalam bentuk segi empat tepat. Kameranya utamanya merupakan sensor 13MP dengan bukaan aperture f/2.2 yang dikatakan mampu untuk menghasilkan rakaman yang lebih jelas dan cerah. Tambahan pula, ia menyokong untuk membuat rakaman zum sehingga 4x. Ini sekaligus memudahkan anda untuk merakam gambar yang jauh tanpa perlu berganjak jauh daripada posisi anda.

Click to view slideshow.

Selain rakaman yang tajam, ia juga dapat merakamkan subjek dengan kesan bokeh yang semula jadi seakan akan dirakamkan dengan menggunakan kamera profesional. Bukan itu sahaja, ia juga menyokong rakaman mod malam yang baik. Melalui mod Nightscape, rakaman malam anda dapat dirakam secara menyeluruh, jelas dan lebih terang. Hal ini adalah kerana algoritma pada mod Nightscape ini akan merakamkan beberapa bingkai gambar dan gabungkannya menjadi satu gambar yang telah ditambahbaik. Oleh itu, anda tidak perlu risau rakaman malam anda terganggu kerana realme menyertakan fungsi rakaman malam ini pada model realme C11 mereka.

Antaramuka telefon pintar ini disokong oleh Android 10 dan juga ColorOS 7. Bagi pengguna yang tidak biasa menggunakan telefon pintar seperti pengguna yang sudah berusia contohnya, antaramuka realme C11 ini sangat mudah untuk difahami dan digunakan. Anda juga diberi pilihan untuk mengubah suai antaramukanya mengikut kehendak dan keselesaan anda sendiri, seperti menukarnya kepada mod gelap yang dioptimasikan oleh realme UI. Mod ini akan dimatikan secara automatik apabila terbitnya matahari, dan diaktifkan secara automatik apabila terbenamnya matahari. Dengan ini, ia sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada mata anda untuk menggunakan telefon pintar ini dengan lebih lama.

Antara fungsi menarik lain yang terdapat pada telefon pintar realme C11 ini adalah Dual Mode Music Share. Melalui fungsi ini, anda boleh berkongsi audio dengan rakan anda yang lain dalam satu masa yang sama menggunakan set fon telinga nirwayar dan juga berwayar yang disambungkan kepada realme C11 ini. Malah, anda juga tidak perlu risau sekiranya anda perlu menjawab panggilan telefon secara sambungan Bluetooth kerana rakan yang menggunakan fon telinga berwayar masih boleh mendengar muzik yang dimainkan tanpa rasa terganggu.

Sekiranya anda sedang bermain permua atau menonton tayangan video melalui realme C11 ini dan tidak mahu diganggu, anda boleh aktifkan mod Focus yang terdapat pada telefon pintar ini. Dengan mengaktifkan mod ini, anda tidak akan terganggu dengan notifikasi yang akan diterima. Selain itu, sekiranya anda ingin membuat rakaman skrin (screenshot), navigasinya juga mudah, dimana anda hanya perlu menatal dan menahannya untuk beberapa saat dengan menggunakan tiga jari sahaja.

Realme C11 30 Jun

Telefon pintar ini juga menyertakan kapasiti bateri yang cukup besar, iaitu sebanyak 5000mAh. Melalui kapasiti sebesar ini, ia memudahkan lagi pergerakkan harian kita kerana tidak perlu sentiasa bergantung kepada pengecasan. Bukan itu sahaja, bateri 5000mAh ini juga akan memberi anda keselesaan untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih maksimum, seperti menonton tayangan video, mendengar lagu dan bermain permua tanpa sebarang gangguan. Telefon pintar realme C11 ini akan mula dilancarkan di Malaysia esok, pada 30 June 2020. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mengikuti pelancaran realme C11 ini melalui akaun rasmi realme di Facebook pada pukul 11 pagi.

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.