Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia C2 Menggunakan Android Go Turut Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia C2 Menggunakan Android Go Turut Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia


Selain mengacah kehadiran Nokia 5.3 dengan Android One untuk pasaran Malaysia, pihak Macpie Distribution – iaitu pihak pengedar peranti Nokia di Malaysia kini turut memperlihatkan mereka akan membawa masuk Nokia C2 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nokia C2 merupakan telefon pintar Android dengan spesifikasi asas, dan menjalankan Android Go.

Ia menggunakan skrin 5.7-inci HD+, dilengkapi cip empat teras 1.4Ghz, memori 1GB RAM, dan storan 16GB. Melengkapkannya adalah bateri 2800mAh yang dicas menggunakan kabel mikro-USB.

Untuk rakaman gambar, Nokia C2 menggunakan kamera belakang 5-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut hadir dilengkapi dengan akses pantas ke Google Assistant melalui sebuah butang fizikal khas.

Pihak Macpie Distribution hanya mengacah sahaja buat masa ini, dan tidak mengumumkan lagi tarikh pelancaran dan harga jualannya untuk pasaran Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.