Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi perempuan ditemukan dalam kotak air mineral - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi perempuan ditemukan dalam kotak air mineral


KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang di Ampang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada 7 pagi.

“Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi ditemukan bersama bayi ini dan bayi telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat 2.8 kilogram ini dilahirkan cukup bulan dan ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.