Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fon Telinga Sukan Sony WF-SP800N Kini Di Pasaran Malaysia – Berharga RM849 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fon Telinga Sukan Sony WF-SP800N Kini Di Pasaran Malaysia – Berharga RM849


Kebelakangan ini Sony telah banyak memperkenalkan produk-produk audio, khususnya fon telinga TWS (True Wireless Sound) untuk pelbagai jenis pengguna.

Terbaru, Sony Malaysia mengumumkan bahawa fon telinga terbaru mereka iaitu Sony WF-SP800N yang memfokuskan kepada atlit dan mereka yang gemar bersukan dan beriadah kini mula dijual di pasaran tempatan.

Rekaan Sony WF-SP800N ini hadir dengan kemampuan tahan air dan debu setinggi IP55, dimana ia cukup sesuai untuk mereka yang sering bersenam ataupun keluar berlatih secara lasak.

Dari segi kemampuan dan kualiti audio, ia dilengkapi dengan ciri-ciri seperti EXTRA BASS, 360 Audio, Active Noise Cancelling, Ambient Sound Control dan sokongan sesentuh pada fon telinga yang boleh diubahsuai melalui aplikasi Sony Headphones.

Sony mengatakan bahawa fon telinga SP800N ini mempunyai jangka-hayat bateri 9 jam apabila ciri ANC diaktifkan, dan boleh bertahan selama 13 jam jika ia ditutup. Rangka pengecasan fon telinga SP800N memberi fon telinga ini jangka-hayat tambahan 9-13 jam.

Bukan itu sahaja, fon telinga SP800N ini juga tiba didalam beberapa pilihan warna, termasuklah hitam, putih, biru dan kuning.

Fon telinga Sony WF-SP800N kini tiba di pasaran tempatan untuk harga RM849 dan boleh dibeli di kedai-kedai fizikal dan atas-talian.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.