UAE Menjadi Negara Islam Pertama Berjaya Melancarkan Misi Ke Marikh
Misi ke angkasa lepas dianggap sebagai kemuncak kemajuan teknologi sesebuah negara. Perang angkasa lepas Rusia dan Amerika Syarikat merubah landskap dunia pada dekad 50an tetapi pada waktu yang sama turut mempercepatkan pembangunan senjata yang boleh menghapuskan peradaban manusia. Kini misi ke Marikh pula dilihat sebagai program berprestij. Dengan kejayaan melancarkan proba Al-Amal (Harapan), Emiriah Arab Bersatu secara rasmi menjadi negara Islam pertama berjaya melancarkan misi ke Marikh.
Misi Marikh Emiriah dilancarkan sempena ulang tahun ke-50 negara tersebut. Proba Al-Amal dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima di Jepun menggunakan roket Mitsubishi Heavy Industries H-IIA. Ia kini meneruskan perjalanan selama tujuh bulan ke planet Marikh.
Selepas tiba ke destinasi. Al-Amal akan melakukan pemantauan perubahan atmosfera planet Marikh. Data yang dikumpul juga akan digunakan untuk memahami bagaimana Marikh kehilangan atmosferanya dalam masa beberapa ribu tahun.
Pada asalnya Misi Marikh Emeriah sepatutnya dilancarkan pada 14 Julai tetapi terpaksa ditangguhkan kerana masalah cuaca. Dengan kejayaan misi ini, UAE berharap akan dapat menyumbang kepada komuniti sains antarabangsa dan menjadi pemangkin kepada sektor sains dan teknologi negara.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment