Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dropee Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1.3 Juta Untuk Membantu Perniagaan Borong Mendigitalkan Dagangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dropee Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1.3 Juta Untuk Membantu Perniagaan Borong Mendigitalkan Dagangan


Dropee merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan edagang B2B untuk pasaran borong. Pada bulan Mac lepas, Dropee telah menjadi salah satu syarikat tempatan menyertai Y Combinator, dan hari ini mereka mengumumkan suntikan dana sebanyak $1.3 juta untuk terus memperluaskan penawaran mereka.

Menurut Dropee, di rantau Asia Tenggara, pelbagai perniagaan borong masih menggunakan kaedah tradisional menggunakan pen dan kertas untuk pengurusan tempahan dan dagangan. Namun, dengan penularan wabak Covid-19, ia telah memberikan impak yang tinggi terhadap pengurusan perniagaan – sekaligus membuatkan ramai beralih ke arah digital.

Sehingga kini, Dropee dikatakan telah membantu syarikat seperti Petronas, British American Tobacco dan sebagainya dalam membantu membawa dagangan mereka secara atas-talian. Dengan suntikan dana baru ini, Dropee menyasarkan untuk terus membantu lebih banyak syarikat dalam mendigitalkan dagangan mereka – sekaligus membawa kepada pengurusan yang lebih efisien.

Layari : Dropee



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.