Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rasai Pengalaman Menggunakan Oppo Find X2 Pro Lamborghini Edition Pada 25 Julai Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rasai Pengalaman Menggunakan Oppo Find X2 Pro Lamborghini Edition Pada 25 Julai Ini


Kita sedia tahu bahawa Oppo sebelum ini telah menawarkan Oppo Find X2 Pro Lamborghini Edition di China. Kini, Oppo membawa edisi ini ke Malaysia pula. Akan tetapi, ia tidak akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Sebaliknya, orang ramai yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman menyentuh dan melihat keunikan peranti ini, boleh berkunjung ke kedai konsep rasmi Oppo di The Garden Mall pada 25 Julai ini.

Diilhamkan daripada rekaan Lamborghini Aventador SVJ Roadster, peranti ini kelihatan cukup premium berbanding versi standard. Namun, spesifikasi dalaman masih lagi sama seperti Oppo Find X2 Pro biasa.

Ia hadir dengan binaan panel belakang yang menggunakan kaca serap haba. Selain turut mempunyai empat lapisan berbeza dengan kemasan gentian karbon seakan kereta Lamborghini. Tidak ketinggalan, panel belakang ini juga dihiasi khas dengan logo Lamborghini dan penjenamaan OPPO dalam warna emas yang nampak sangat menawan.

Edisi istimewa ini turut didatangkan dengan pakej menarik termasuk kotak pembungkus unik yang terkandung pelbagai aksesori seperti fon telinga, kerangka pelindung kulit, sepasang TWS dan pengecas untuk kereta. Kesemua aksesori ini nampak menarik dengan kemasan logo Lamborghini bersama hiasan warna emas.

Oppo Find X2 Pro mempunyai skrin berukuran 6.7-inci AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin peranti ini turut menyokong paparan HDR10+. Tunjang utama peranti menggunakan cip pemproses Snapdragon 865, memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB (UFS 3.0). Melengkapi peranti adalah tiga kamera utama dengan lensa 48-Megapixel (f/1.7) + 48-Megapixel (f/2.2) + 13-Megapixel (f/3.0), kamera hadapan 32-Megapixel (f/2.4) dan bateri 4,260mAh bersama sokongan pengecasan pantas 65W.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.