Huawei Mungkin Menggunakan Nama Mate V Untuk Peranti Skrin Boleh-Lipat Kedua Mereka
Tahun lalu Mate X menjadi peranti skrin boleh-lipat pertama keluaran Huawei dengan rekaan sayap helang diikuti oleh Mate Xs tahun ini. Sejak beberapa bulan yang lalu kami mula mendengar ura-ura Huawei turut berminat melancarkan peranti skrin boleh-lipat bersaiz lebih kecil sebagai pesaing kepada Galaxy Z Flip dan Motorola Razr. Tetapi berdasarkan tanda dagang yang telah difailkan nama yang bakal digunakan mungkin telah tertiris.
Tanda dagang untuk Huawei Mate V telah didaftarkan menerusi laman EUIPO pad 3 Julai yang lalu. Selain peranti dengan skrin boleh-lipat lebih kecil, terdapat juga ura-ura peranti dengan skrin melipat ke dalam akan dilancarkan Huawei. Misteri mengenai peranti ini pasti akan terjawab kelak kerana secara tradisi Huawei akan melancarkan peranti siri Mate pada bulan Ogos selepas Samsung melancarkan peranti siri Note mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment