Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Boleh-Lipat Samsung Seterusnya Mungkin Dikenali Sebagai Galaxy Z Fold 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Boleh-Lipat Samsung Seterusnya Mungkin Dikenali Sebagai Galaxy Z Fold 2


Samsung seakan-akan memberi gambaran akan meluaskan lagi penawaran di bawah siri Galaxy Z. Ia berikutan timbul desas-desus mengatakan peranti boleh-lipat Samsung yang seterusnya mungkin tidak akan dikenali sebagai Galaxy Fold 2. Sebaliknya, Samsung membuat sedikit pengubahsuaian dan mungkin menggunakan penjenamaan Galaxy Z Fold 2 padanya.

Sumber berkata, Samsung dikatakan memilih penjenamaan ”Z” ini kerana ia sinonim dengan konsep idea lipat dan usaha menampilkan trend gaya masa kini. Samsung juga dikatakan telah mengemaskini URL untuk Galaxy Fold di AS dengan penambahan kategori ‘Galaxy Z’ padanya. Melaluinya, kita dapat lihat Samsung kini kearah ingin menggabungkan peranti boleh-lipat mereka di bawah satu kategori penjenamaan yang sama.

Jadi, apa pandangan anda mengenai penjenamaan baru ini? Adakah ianya bersesuaian dengan konsep yang bakal dipersembahkan oleh peranti? Samsung dijangka mengumumkan peranti ini pada Ogos kelak, seiring dengan pengenalan siri Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Z Flip 5G.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.