Instagram Reels Kini Diaktifkan Kepada Pengguna India Selepas TikTok Diharamkan
Instagram Reels ialah ciri seakan TikTok yang sedang diuji oleh Instagram hanya di Brazil. Ia satu lagi usaha Instagram untuk kekal relevan dan pada waktu yang sama memberikan saingan kepada TikTok yang merajai pasaran aplikasi video menegak berformat pendek. Selepas TikTok diharamkan di India dua minggu lalu, Reels kini diaktifkan pula kepada pengguna di India.
Fungsi ini akan hadir secara terbina dari Stories dan pengguna boleh menghasilkan klip 15-saat dengan pilihan menambah muzik latar dari pelbagai pilihan yang disediakan. Pengguna juga boleh meminjam audio dari klip lain yang boleh dicari melalui tagar. Pilihan muzik latar juga boleh dipilih dari perpustakaan audio yang disediakan
TikTok dan pelbagai aplikasi dari China telah dihalang akses dan tidak boleh dimuat turun di India sebagai balasan pertelingkahan tentera dari kedua-dua negara di sempadan Himalaya. Selain itu pengilangan produk iPhone dan Xiaomi turut terganggu di India kerana komponen dari China telah dihalang oleh pihak kastam. Sementara itu di China pula warga India diboikot sehingga dihalang dari memasuki premis perniagaan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment