Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Nord Dijadualkan Tiba Pada 21 Julai Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Nord Dijadualkan Tiba Pada 21 Julai Ini


Perasan atau tidak, sejak dua menjak ini makin kerap kita disajikan dengan berita ketirisan pendatang baru OnePlus iaitu OnePlus Nord. Para peminat OnePlus juga tidak henti-henti bercakap dan membuat pelbagai spekulasi mengenainya. Nampaknya mereka agak teruja dalam menunggu kedatangan peranti ini.

Untuk menambah lagi keterujaan itu, tarikh pelancaran rasminya kini telah tertiris menerusi sebuah ciapan oleh Ishal Agarwal. Ciapan tersebut telahpun dipadam, namun sempat ditangkap layar oleh sumber dan ia dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2020. Difahamkan, acara ini akan diadakan secara atas talian dalam persembahan berbentuk AR.

Di samping itu, dalam catatan berbeza di laman Instagram rasmi OnePlus Nord pula, OnePlus mula mengacah orang ramai dengan rekaan untuk kotak pembungkus peranti ini. Terdapat penjenamaan ‘Nord’ pada hadapan kotak bersama sedikit kemasan warna biru pada bahagian tengah – dipercayai warna hiasan untuk bahagian dalamnya.

OnePlus Nord dipercayai hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.55-inci, dijana oleh Snapdragon 765G, kamera utama 64-Megapixel dan dwi kamera hadapan 32-Megapixel + 8-Megapixel. Untuk ketahui lebih lanjut? Kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.