Tawaran Microsoft Untuk Membeli TikTok Ditolak Bytedance
Microsoft ialah syarikat yang beberapa minggu dilihat mempunyai potensi terbaik untuk mengambil alih TikTok dari Bytedance. Tetapi pagi ini Microsoft mengumumkan Bytedance telahpun menolak tawaran mereka. Tiada sebab diberikan mengapa tawaran telah ditolak.
Kini hanya Oracle sahaja yang masih meneruskan perbincangan untuk mengambil alih platform media sosial yang cukup popular di kalangan anak muda. Perniagaan TikTok di Amerika Syarikat diancam sekatan oleh Presiden Donald Trump kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara.
Pada asalnya bermula 15 September ini, TikTok akan dihalang dari beroperasi di Amerika Syarikat sekiranya Bytedance tidak menjualnya kepada syarikat ketiga. Tetapi pentadbiran Trump telah melanjutkannya ke 12 November bagi memudahkan proses mencari pembeli dari Amerika Syarikat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment