Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Halo Dilancarkan – Speaker Pintar Google Assistant Pertama Dari Acer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Halo Dilancarkan – Speaker Pintar Google Assistant Pertama Dari Acer


Acer buat pertama kalinya hadir dengan peranti berhubung dengan pembantu maya terbina. Mereka menyertai pesaing seperti Google, Amazon dan Apple melalui sebuah pembesar suara pintar dengan Google Assistant – iaitu Acer Halo.

Acer mendakwa yang pembesar suara pintar mereka ini mampu memantulkan bunyi secara 360 darjah. Ia juga mempunyai sistem pencahayaan RGB dan paparan LED dot matrix untuk memaparkan visual seperti cuaca, aras suara, masa atau juga peringatan. Tetapi paparan ini hanya boleh digunakan dengan aplikasi tersendiri kelak. Acer tidak berkongsi lanjut mengenai spesifikasi pemacu audio mereka, jadi ia kekal menjadi misteri buat masa ini.

Sistem lampu dan paparan tadi boleh dimatikan jika pengguna inginkan sebuah pembesar suara yang ringkas sahaja. Turut terdapat butang mematikan mikrofon, kawalan jeda/main, aras suara dan butang kuasa yang turut berfungsi sebagai butang Google Assistant. Ia turut menyertakan sistem mikrofon yang boleh menangkap audio dari jarak jauh.

Harga jualan adalah $109, iaitu sekitar RM452. Harganya tidak begitu mahal, malah bersaing dengan Nest Audio dan Apple HomePod Mini. Buat masa ini tidak pasti lagi ia akan ditawarkan ke pasaran luar selain Amerika Syarikat ataupun tidak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.