Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fungsi Ciapan Semula Twitter Diubah Sementara Kerana Pilihanraya Presiden A.S - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fungsi Ciapan Semula Twitter Diubah Sementara Kerana Pilihanraya Presiden A.S


Jangan ubah tetapan pada peranti anda sekiranya menggunakan Twitter minggu ini. Tiada masalah pada peranti sebaliknya butang ciapan semula (retweet) memang telah diubah oleh Twitter minggu ini bagi menentang penyebaran berita tidak sahih sebelum berlangsungnya pilihanraya presiden Amerika Syarikat.

Sejak semalam pengguna merungut proses melakukan ciapan semula memerlukan butang retweet ditekan dua kali. Dengan langkah tambahan ini, Twitter berharap pengguna akan membaca terlebih dahulu ciapan sebelum melakukan ciapan semula.

Selain itu Twitter juga akan melabel ciapan yang mempunyai maklumat yang tidak tepat atau tidak sahih di platform mereka. Jika ciapan semula ingin dilakukan, Twitter memberikan notifikasi sama ada anda benar-benar ingin menyebarkan maklumat tidak tepat. Twitter tidak akan memadam ciapan ini atas sebab hak kebebasan bersua di Amerika Syarikat.

Sistem ciapan semula yang akan dikembalikan kepada asal selepas berakhirnya pilihanraya presiden A.S. Kerana kebobrokan segelintir semua terpaksa bersusah payah. Sama seperti situasi di Malaysia sekarang. Kebobrokan yang melanggar SOP menyusahkan jutaan insan yang terpaksa menjalani PKPB.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.