Hi! Welcome Back and Stay Tune! Airbnb Mengumumkan Kerjasama Dengan Jony Ive Bagi Menghasilkan Rekaan Produk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Airbnb Mengumumkan Kerjasama Dengan Jony Ive Bagi Menghasilkan Rekaan Produk


Selepas meninggalkan Apple untuk membuka firma rekaan sendiri LoveFrom, ramai yang menantikan produk seterusnya yang akan menerima sentuhan Jony Ive. Penantian berakhir selepas Airbnb mengumumkan mereka akan mengadakan kerjasama dengan Jony Ive.

Dalam kerjasama selama beberapa tahun, Jony Ive akan mereka produk dan perkhidmatan generasi baru Airbnb. Beliau juga akan turut membantu melatih pasukan rekaan dalaman Airbnb. Sebagai pereka yang terlibat dalam penghasilan produk ikonik seperti MacBook, iMac dan iPhone, Jony Ive mempunyai reputasi yang cukup disegani industri.

Antara tugas terakhir beliau di Apple ialah mereka bangunan Apple Park. Adakah estetik rekaan Airbnb kelak juga akan menjadi ikutan ramai selepas menerima sentuhan Jony Ive? Masa akan menentukannya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.