Phison Memperkenalkan Pengawal SSD PCIe 4.0 Baru – Memperlihatkan Kelajuan Penghantaran Data Setinggi 7GBps
Pengawal SSD ialah sebuah komponen cip didalam perkakasan storan yang menjadi pengantara diantara cip storan didalam sebuah perkakasan dan antaramuka yang digunakan untuk menghantar data dari dan ke storan tersebut.
Terkini, Phison, sebuah syarikat pembangun komponen elektronik baru-baru ini telah memperkenalkan komponen pengawal SSD terbaru mereka yang dinamakan Phison E18 yang menyokong antaramuka penghantaran data PCIe 4.0.
Apa yang menarik mengenai ini ialah Phison E18 ini nampaknya sedang diuji menggunakan beberapa storan SSD PCIe 4.0, dan ia memperlihatkan kadar pembacaan dan penghantaran data sepantas 7GBps.
Nampaknya pengguna bakal memperlihatkan generasi baru storan SSD PCIe tidak lama lagi, seperti Sabrent Rocket 4 yang mempunyai kelajuan penghantaran data yang sama.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment