Hi! Welcome Back and Stay Tune! Quibi Menamatkan Operasi Selepas Beroperasi Selama 6 Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Quibi Menamatkan Operasi Selepas Beroperasi Selama 6 Bulan


Seperti ura-ura yang kami laporkan semalam, Quibi pagi ini mengesahkan operasi mereka akan dihentikan selepas perbincangan dengan pemegang saham. Quibi telah dilancarkan pada April tahun ini dengan sasaran mendapatkan 7 juta pelanggan menjelang penghujung 2020. Namun begitu pada waktu ini mereka dipercayai hanya mempunyai 500,000 pelanggan berbayar yang amat jauh dari jangkaan.

Walaupun masih mempunyai dana untuk meneruskan operasi, keputusan menutup operasi telahpun diambil bagi memulangkan wang yang tinggal kepada pelabur. Faktor penutupan yang diberikan ialah pada waktu ini idea menawarkan perkhidmatan video pendek berbayar nampaknya masih cukup kukuh dan waktu pelancaran yang tidak sesuai kerana penangan Covid-19.

Quibi kini dalam proses menutup perkhidmatan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan. Pelanggan akan diberikan notifikasi mengenai penghentian operasi dalam asa terdekat. Kandungan dan aset teknologi Quibi kini akan dijual kepada syarikat yang berminat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.