Citizen Melancarkan CZ Smart – Jam Tangan Pintar Wear OS Pertama Mereka & Snapdragon Wear 3100
Wear OS adalah sistem operasi jam tangan pintar dari Google. Tetapi sayangnya, ia tidak cukup hebat dan banyak pengeluar peranti gemar menggunakan cip pemprosesan yang agak kuno. Tetapi bergantung kepada pengoptimasian seperti Oppo Watch, cip yang kuno juga boleh beroperasi dengan baik.
Terkini, Citizen iaitu antara jenama jam yang popular buat pertama kalinya hadir dengan jam tangan pintar Wear OS. Mereka telah melancarkan CZ Smart. Ia dijana dengan cip Snapdragon Wear 3100, Skrin 1.28-inci AMOLED resolusi 416 x 416, tiada informasi RAM, tetapi storan dalaman adalah 8GB. Ia hadir dengan mikrofon dan pembesar suara untuk menjawab panggilan telefon atau seruan Google Assistant.
Perkara asas seperti sensor GPS, pemecut, barometer, imbasan nadi, NFC untuk Google Pay, giroskop semua dikekalkan. Saiz jam adalah 46mm, penegcasan adalah magnetik 80% dalam masa 40 minit. Citizen mendakwa jam ini bertahan lebih dari 24 jam mengikut cara penggunaan.
Jam ini dilihat menggunakan Wear OS asli tanpa sebarang modifikasi seperti Color OS pada Oppo Watch atau MIUI for Watch. Terdapat banyak variasi tali jam boleh dipilih seperti tali besi, kulit dan banyak lagi. Harga jualan adalah $395, iaitu sekitar RM1619.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment