Samsung Galaxy Note 5 Dan Galaxy S6 Menerima Kemaskini Sekuriti Baharu
Samsung Galaxy Note 5 dilancarkan pada bulan Ogos tahun 2015 dan Galaxy S6 pula pada April tahun 2015. Kedua-dua peranti ini sudah berusia lima tahun, yang mana sepatutnya sudah “tamat tempoh” dan tiada lagi kemaskini.
Tetapi baru-baru ini, Samsung telah mengedarkan kemaskini tampalan sekuriti baharu bagi memastikan sistem lebih stabil. Walau bagaimanapun, kedua-dua peranti ini akan kekal dengan Android 7.0 Nougat dan tampalan sekuriti September 2018. Menurut SamMobile, Samsung mengedarkan kemaskini ini secara mengejut apabila menemui masalah kerentanan sekuriti pada kedua-dua peranti ini.
Kemaskini ini dilihat diedarkan di Korea Selatan, Eropah dan juga Amerika Latin. Versi kemaskini adalah N920SKSS2DTJ2 untuk Galaxy Note 5, G92xSKSS3ETJ1 dan G928SKSS3DTJ3 untuk Galaxy S6.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment