Powerbeast Yang Menyala Di Dalam Gelap Dilancarkan Dengan Kerjasama Ambush
Powerbeats4 adalah pengganti kepada Powerbeats3 dan juga merupakan alternatif kepada Powerbeats Pro. Ia adalah set fon telinga nirwayar jenis neckband yang masih mengekalkan butang fizikal pada logo Beats, ada angkup telinga dan mempunyai cip Apple H1.
Ia dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu dengan tanda harga RM599. Terkini, Beats bekerjasama dengan Ambush, iaitu jenama fesyen terkenal di Tokyo, Jepun untuk hadir dengan Powerbeats High-Performance Wireless Earphones – AMBUSH Glow. Ia masih mempunyai spesifikasi yang sama, tetapi warnanya adalah jenis yang menyala di dalam gelap.
Di dalam pakej belian, pengguna akan menerima beg kecil batan khas dengan logo Ambush serta pelekat yang turut boleh menyala di dalam gelap. Ia dilihat tidak dijual di Malaysia lagi. Tetapi di Amerika Syarikat, harga jualan adalah $199.95 – iaitu sekitar RM819.40. Harganya agak mahal, tetapi mungkin yang mengenali jenama ini dan ingin lebih bergaya di waktu malam – ini mungkin akan menjadi pilihan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment