Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masalah Menggunakan Peranti Ketika Makan? Balance Plate Boleh Menyelesaikannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masalah Menggunakan Peranti Ketika Makan? Balance Plate Boleh Menyelesaikannya


Adakah anda seperti kami mempunyai masalah menggunakan peranti walaupun ketika sedang makan? Ini ialah tabiat buruk yang semakin kerap dilakukan bagi mengurangkan kebosanan ketika makan. Di Jepun, masalah ini cuba diselesaikan dengan menggunakan Balance Plate.

Pinggan kayu untuk sushi ini hanya mempunyai satu kaki sahaja. Untuk mengimbangi pinggan, telefon pintar perlu diselitkan pada bahagian bawah. Dengan ini pengguna tidak akan dapat mengakses peranti selagi makanan tidak dihabiskan. Balance Plate dihasilkan selepas pungutan suara mendapati 75% responden mengaku sukar menikmati makanan kerana diganggu oleh peranti.

Bagi yang ingin memiliki Balance Plate, berita buruk bagi anda ia bukanlah produk yang dijual. Sebaliknya ia dihasilkan untuk kempen mempromosikan ikan tenggiri oleh Jabatan Perikanan Norway di Jepun. Sebanyak 30 Balance Plate akan diberikan kepada pengikut akaun Instagram mereka yang menyertai pertandingan menerusi tagar khas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.