Endomondo Akan Ditutup Menjelang Hujung Tahun Ini
Pada tahun 2015, UnderArmour, jenama kecergasan popular telah mengambil alih aplikasi penjejak kecergasan Endomondo dan MyFitnessPal untuk meningkatkan kualiti jenama mereka.
Beberapa hari selepas ia diumumkan bahawa MyFitnessPal akan dijual, UnderArmour mengambil keputusan untuk menutup pula aplikasi Endomondo.
Di Amerika Syarikat, Endomondo boleh dikatakan diantara jenama penjejak kecergasan yang digunakan oleh orang ramai, khususnya kerana hubungannya dengan UnderArmour.
Sayangnya, keputusan telah dibuat untuk menutup aplikasi tersebut menjelang 31 Disember tahun ini, manakala langganan perkhidmatan premiumnya pula akan dihentikan pada 20 November kelak.
Aplikasi-aplikasi ini juga akan dibuang daripada gedung aplikasi Apple App Store dan juga Google Play Store pada tarikh penutupan tersebut.
Sebagai pengganti, Endomondo mengatakan bahawa mereka boleh memindah pelbagai data kecergasan dan kesihatan mereka ke MapMyRun, sebuah lagi aplikasi penjejakan kecergasan UnderArmour sehingga 31 Mac tahun hadapan.
Walaupun begitu, maklumat ini perlu dipindahkan secara manual, dan beberapa butiran seperti masa peribadi terbaik, rancangan latihan, senarai rakan dan sebagainya tidak boleh dipindahkan kepada aplikasi baru tersebut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment