Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme Mungkin Hadir Dengan Sebuah Lagi Peranti Dilengkapi Cip Snapdragon 460 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme Mungkin Hadir Dengan Sebuah Lagi Peranti Dilengkapi Cip Snapdragon 460


Cip Snapdragon 460 telah diperkenalkan awal tahun lalu seiring dengan pemproses Snapdragon 720G dan Snapdragon 662. Kita juga dapat lihat, semakin hari semakin banyak peranti yang hadir dengan janaan pemproses ini – termasuk Realme sendiri menerusi model Realme C15 Edisi Qualcomm dan Realme C17.

Terkini, sebuah lagi peranti misteri Realme dengan nombor model RMX2194 ditemui di Geekbench. Maklumat berkaitan spesifikasi agak terhad buat masa ini. Hanya beberapa spesifikasi sahaja yang didedahkan – ia termasuklah termasuklah dipercayai menggunakan cip Snapdragon 460, pilihan memori 4GB RAM dan menggunakan sistem operasi Android 10. Kita juga boleh menyasarkan ia bakal dilengkapi skrin 90Hz.

Markah penanda aras juga telah diperlihatkan dengan jumlah terkumpul sebanyak 254 mata untuk ujian tunggal dan 1,171 mata pula untuk ujian pelbagai teras. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama model. Tetapi desas-desus mengatakan ia mungkin dilancarkan di bawah siri Realme C kelak, sekaligus menjadi sebuah lagi peranti mampu milik daripada Realme.

Sekadar selingan, bagi yang berminat untuk mendapat Realme C17. Peranti pintar ini telah ditawarkan di pasaran tempatan pada tanda harga RM899 sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.