Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perbahasan RUU Perbekalan 2021 tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perbahasan RUU Perbekalan 2021 tumpuan Dewan Rakyat hari ini


KUALA LUMPUR, 9 NOV: Sidang Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 selepas dibentangkan Jumaat lepas.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, perbahasan akan bermula sebaik selesai sesi soal jawab lisan yang akan membuka tirai hari keenam persidangan itu, yang mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas – dibenar berada dalam dewan pada satu-satu masa.

Tumpuan pada persidangan yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu turut terarah kepada isu kekurangan peluang pekerjaan bagi siswazah dan penjajahan Palestin yang merupakan antara pertanyaan pada sesi soal jawab lisan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PAKATAN-Pandan) akan mengajukan soalan kepada Menteri Sumber Manusia mengenai langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk siswazah baharu serta pekerja yang diberhentikan akibat kemelesatan ekonomi tahun ini.

Selain itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) akan meminta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah proaktif bersama badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menyuarakan bantahan berkaitan rancangan ketidakadilan normalisasi Israel untuk mengiktiraf penjajahan ke atas Palestin.

Datuk Johari Abdul (PAKATAN-Sungai Petani) pula akan mengemukakan soalan kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan mengenai jumlah benih padi baharu yang dihasilkan pusat penyelidikan sejak 2008 hingga kini.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember.

-BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.