Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Watch Tidak Akan Menggunakan Wear OS – Mungkin Sistem Operasi Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Watch Tidak Akan Menggunakan Wear OS – Mungkin Sistem Operasi Tersendiri


OnePlus Watch mungkin adalah antara jam tangan pintar yang ramai peminat OnePlus nanti-nantikan. Dengan adanya OnePlus Buds, OnePlus TV, telefon OnePlus, kelak OnePlus Watch – OnePlus akan mempunyai “ekosistem” tersendiri. Namun, ia mungkin akan mengecewakan ramai orang kerana OnePlus besar kemungkinan tidak akan menggunakan Wear OS.

Wear OS tidak dinafikan yang ia bukannya sempurna. Harga jam juga mahal dan masih tidak dapat menandingi Tizen dari Samsung atau watchOS dari Apple. Tetapi dengan tidak menggunakan sistem operasi seperti Wear OS, OnePlus Watch mungkin adalah jam tangan pintar asas sahaja. Ia mungkin hanya sekadar penjejak kesihatan yang sedikit lebih maju dengan pilihan kustomasi dalam bentuk jam.

Kehadiran OnePlus Watch ditangguhkan, mungkin kerana sistem operasi tidak stabil. Tiada tarikh bila jam ini akan tiba ke pasaran. Tetapi, tali jam OnePlus Watch edisi Cyberpunk 2077 telah tertiris – mungkin memberi petanda ia bakal tiba tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.