Hi! Welcome Back and Stay Tune! Virgin Hyperloop Berjaya Melakukan Ujian Pertama Dengan Penumpang Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Virgin Hyperloop Berjaya Melakukan Ujian Pertama Dengan Penumpang Manusia


Hyperloop ialah sistem pengangkutan pantas yang menggunakan tiub vakum dan sistem apungan magnet. Elon Musk berkongsi idea Hyperloop pada tahun 2012 secara sumber terbuka dan pada saat ini lapan syarikat cuba merealisasikan impian Hyperloop dengan kelajuan mencecah 1080 km/j. Virgin Hyperloop pada hari Ahad lalu mengumumkan kejayaan melakukan ujian pertama membawa penumpang manusia.

Dalam ujian sulung ini, Josh Giegel yang merupakan pengasas bersama dan Sara Luchian yang merupakan pengarah pengalaman penumpang menjadi dua manusia pertama menaiki pod XP-2 Virgin Hyperloop. Pod XP-2 berjaya mencecah kelajuan 172 kilometer sejam di dalam litar ujian sepanjang 500 meter yang terletak di Nevada. Sebelum ini Virgin Hyperloop telah berjaya melakukan 400 ujian tanpa penumpang.

Kesemua data dari ujian-ujian awal ini akan digunakan untuk membina pod komersil yang mampu membawa sehingga 28 penumpang. Virgin Hyperloop merancang menawarkan perjalanan dari San Francisco ke Los Angeles yang hanya mengambil masa 43 minit yang lebih pantas berbanding 90 minit menaiki kapal terbang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.