Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple A14 Pada iPhone Mencatatkan Skor Lebih Tinggi Berbanding Snapdragon 888 Yang Akan Hadir Pada Telefon Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple A14 Pada iPhone Mencatatkan Skor Lebih Tinggi Berbanding Snapdragon 888 Yang Akan Hadir Pada Telefon Android


Qualcomm pada minggu lepas telah menerbitkan skor penanda aras untuk cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 888. Melaluinya, ia mencatatkan skor yang tinggi, mengalahkan pelbagai cip pemprosesan pada peranti Android yang lain.

Apa pun, jikalau dibandingkan secara keseluruhan, cip Snapdragon 888 dilihat masih tidak dapat menewaskan penawaran pihak Apple – sama ada Apple A14, mahupun Apple A13 pada iPhone 11.

Mengikut perbandingan yang dikongsikan AnandTech, ia memperlihatkan iPhone 12 Pro menewaskan skor yang dicatatkan oleh Snapdragon 888. Apa yang lebih mengejutkan, skor iPhone 11 Pro juga dilihat berjaya menewaskan skor yang dicatatkan untuk kepantasan satu teras, tetapi tewas pada perbandingan kepantasan multi-teras.

Apa pun, jikalau dibandingkan dari segi grafik GPU, cip Snapdragon 888 dilihat hanya mencatatkan kadar bingkai 86fps sahaja, berbanding dengan iPhone 12 Pro yang mencapai kadar bingkai 102fps. Malah iPhone SE turut mencatatkan skor lebih tinggi 89fps.

Menurut AnandTech, walaupun Snapdragon 888 tidak dapat menewaskan prestasi puncak Apple A14 mahupun Apple A13, tetapi prestasi berpanjangan akan bergantung kepada penggunaan tenaga oleh cip berkenaan. Ia diperkatakan sekiranya penggunaan tenaga adalah sekitar 4W ke 4.5W, maka kebanyakkan peranti mercu Android akan mencapai prestasi yang tinggi, sekaligus membolehkan Qualcomm menerajui kembali arena peranti mudah-alih. Tetapi, sekiranya sebaliknya, maka Qualcomm mungkin sukar untuk merampas takhta daripada pihak Apple – tetapi masih menawarkan peningkatan prestasi dan grafik yang tinggi untuk pengguna peranti Android.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.