Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perisian Intip Israel Digunakan Kerajaan Arab Untuk Mengintip Sistem Mesej Wartawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perisian Intip Israel Digunakan Kerajaan Arab Untuk Mengintip Sistem Mesej Wartawan


Intipan kerajaan keatas rakyat jelata mana-mana negara bukanlah sesuatu yang baru. Terkini, ia telah dilaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu telah menggunakan perisian intipan keluaran NSO Group dari Israel untuk mengintip sistem permesejan iMessage ramai wartawan di negara-negara Arab itu.

Perkara ini dilaporkan oleh Citizen Lab dari University of Toronto yang mengatakan bahawa perisian NSO Group itu digunakan oleh kerajaan-kerajaan ini, dan bahawa banyak peranti telefon wartawan telah digodam dan membenarkan kerajaan-kerajaan ini untuk membaca mesej-mesej mereka.

Menurut Citizen Lab, perisian godaman peranti NSO Group ini biasanya akan dijual kepada pihak kerajaan untuk membolehkan mereka memintas mesej-mesej yang dihantar oleh puak esktremis ataupun pengganas untuk mengelakkan konflik yang berlarutan.

Insiden ini ditemui apabila wartawan terkemuka Al Jazeera, Tamer Almisshal mengatakan kerisauan beliau bahawa telefon iPhone beliau, dan mesej-mesej didalam aplikasi permesejan iMessage dikatanya telah dikompromi.

Beliau kemudiannya memberitahu kerisauannya kepada Citizen Lab, dan mendapati bahawa walaupun beliau tidak klik sebarang pautan yang mencurigakan, perisian intip tersebut dihantar kepada peranti beliau melalui mesin pelayan Apple.

Telefon beliau kemudiannya dilihat telah bersambung kepada pelayan NSO Group tanpa pengetahuan beliau, dan ia didapati bahawa mesej-mesej beliau telah dipintas oleh pihak yang menggunakan perisian intip tersebut.

Pihak Al-Jazeera sendiri mengatakan bahawa peranti-peranti 36 daripada wartawan mereka telah digodam, dan dengan bantuan Citizen Lab, agak pasti bahawa penggodam-penggodam ini bekerja untuk kerajaan Arab Saudi dan juga Emiriyah Arab Bersatu.

Ini bukanlah kali pertama wartawan-wartawan Al-Jazeera menghadapi isu ini. Oleh kerana cara laporan Al-Jazeera yang biasanya akan terus melaporkan kebenaran walaupun ia akan memijak kaki pihak-pihak berkepentingan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.