Samsung Galaxy Buds Pro Turut Akan Mempunyai Sokongan Audio Spatial Seakan Apple AirPods Pro
AirPods Pro tidak dinafikan memulakan trend TWS dengan pembatalan hingar aktif. Sudah banyak jenama yang dengan hadir fungsi ini, tetapi hanya selepas Apple melancarkan AirPods Pro baru banyak jenama hadir dan TWS dengan sokongan ANC boleh didapati di mana-mana. Cuma persoalan, yang manakah yang baik dan manakah yang hebat serta berbaloi.
Kita sudah tahu yang dalam kategori TWS, Sony WF-1000XM3 adalah antara yang terbaik. Tetapi keunikan Apple pergi kepada fungsi audio spatial, yang mana jika kepala pengguna begerak audio akan ikut bersama menggunakan sensor untuk memberikan pengalaman pendengaran yang lebih baik. Terkini, Samsung dilaporkan akan menawarkan fungsi yang sama pada Galaxy Buds Pro.
Galaxy Buds Pro adalah TWS terbaru Samsung, yang mana tidak lagi menggunakan rekaan “kacang”. Sudah banyak informasi tertiris, dari segi rekaan, warna, beberapa fungsi. Informasi ini diperoleh dari peniris terkenal Ishan Agarwal di Twitter. Menurut beliau, Galaxy Buds Pro bukan sahaja mempunyai fungsi pembatalan hingar aktif, tetapi turut mempunyai fungsi audio spatial yang berfungsi seakan Apple AirPods Pro.
Funsgi ini menjejak pergerakan kepala pengguna menggunakan sensor terbina. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyokong fungsi Ambient Sound seakan set fon kepala Sony WH-1000XM$, iaitu apabila orang lain bercakap dengan pengguna mod ambien ini akan aktif. Katanya lagi, Galaxy Buds Pro turut akan mempunyai sokongan tambatan yang lancar dan pantas – yang mana mungkin seperti Apple juga jika sudah tambat pada telefon boleh tambat dengan pantas pada tablet.
Untuk kawalan aras suara, Galaxy Buds Pro dikatakan menggunakan kawalan sentuhan di sisi fon telinga – di mana pengguna perlu sentuh dua kali untuk membuat kawalan.
Galaxy Buds Pro dikatakan akan dilancarkan bersama-sama dengan Samsung Galaxy S21 kelak. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan kehadirannya tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment