Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harmony OS Dari Huawei Bakal Menggunakan Antaramuka Yang Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harmony OS Dari Huawei Bakal Menggunakan Antaramuka Yang Baharu


Huawei telah pun memperlihatkan Harmony OS Beta untuk telefon pintar pada minggu lepas, dan telah mula menawarkan sistem operasi baru berkenaan kepada pembangun yang menggunakan peranti Mate 30 atau P40.

Daripada ujian awal, Harmony OS memperlihatkan rekaan antaramuka yang menyerupai penggunaan EMUI yang kini sedia digunakan oleh Huawei.

Pada awalnya, kami fikirkan langkah ini mungkin untuk memudahkan pengguna beralih ke sistem operasi berkenaan, dan tidak merasakan perbezaan drastik berbanding menjalankan sistem operasi Android pada hari ini.

Apa pun, bergerak kehadapan, kini Huawei mengatakan mereka kelak akan menggunakan antaramuka baharu untuk sistem operasi Harmony OS ini kelak.

Antaramuka baharu ini dijangka diperkenalkan bersama-sama dengan versi akhir Harmony OS untuk telefon pintar kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah versi akhir Harmony OS akan diperkenalkan. Mengikut desas-desus, Huawei P50 dijangka akan hadir dengan sistem operasi ini secara terbina.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.