Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga


Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berbincang dengan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk menjadikan perkhidmatan telekomunisasi sebagai utiliti ketiga negara selepas air dan elektrik.

Hari ini, kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka akan menguatkuasakan pemasangan infrastruktur komunikasi gentian optik sebagai utiliti asas, secara langsungnya menjadikannya negeri pertama di Malaysia yang melakukan perkara tersebut.

“Selaras dengan matlamat gagasan Penang 2030, kerajaan negeri Pulau Pinang terus komited untuk memastikan penyediaan infrastruktur digital yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi menampung keperluan norma baharu serta menyokong pemangkinan ekonomi digital di negeri ini,” kata pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mengatakan lagi bahawa Pulau Pinang sudahpun mempunyai Penang Connectivity Master Plan (PCMP) dimana rang undang-undang Kecil 25 dan 27 di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan telahpun diluluskan pada 17 Disember lalu.

Dengan ini, setiap pembangunan baharu yang akan dijalankan di Pulau Pinang akan perlu mengambil-kira perletakkan menara telekomunikasi dan juga laluan gentian optik untuk memastikan setiap rumah ataupun unit mendapat sambungan internet yang terpantas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.