Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banjir: Lebih banyak daerah di Terengganu dinaiki air, 1,817 dipindah malam tadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banjir: Lebih banyak daerah di Terengganu dinaiki air, 1,817 dipindah malam tadi


 

Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk dengan dua lagi daerah, iaitu Hulu Terengganu dan Besut dinaiki air dan 49 PPS dibuka dalam tempoh enam jam, berbanding 17 PPS petang semalam. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Dua lagi daerah di Terengganu, iaitu Hulu Terengganu dan Besut dilanda banjir malam tadi dengan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 49 dalam tempoh enam jam, berbanding 17 PPS petang semalam.

Jumlah mangsa banjir dipindahkan juga menunjukkan peningkatan mendadak kepada 1,817 orang daripada 503 keluarga setakat 10 malam tadi, berbanding 781 orang daripada 218 keluarga pada 4 petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Che Adam A Rahman berkata, peningkatan ketara berlaku di Marang, iaitu seramai 681 mangsa daripada 181 keluarga berbanding 298 orang daripada 81 keluarga.

Pertambahan mangsa berkenaan susulan pembukaan empat lagi PPS malam tadi, menjadikan keseluruhan tujuh PPS beroperasi di Marang.

“Daerah Setiu juga merekodkan peningkatan ketara mangsa kepada 284 orang daripada 77 keluarga berbanding 16 orang daripada empat keluarga petang semalam berikutan pembukaan 15 lagi PPS berbanding satu PPS sebelum ini,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Situasi sama berlaku di Kuala Terengganu apabila jumlah mangsa meningkat kepada 226 orang daripada 65 keluarga berbanding 159 mangsa daripada 46 keluarga petang semalam, namun tiada PPS baharu dibuka setakat ini.

Che Adam berkata di Kuala Nerus pula, enam PPS beroperasi menempatkan 200 mangsa daripada 51 keluarga berbanding 155 mangsa daripada 38 keluarga di tiga PPS petang semalam.

“Di Besut pula, sembilan PPS dibuka setakat ini menempatkan 265 mangsa daripada 79 keluarga, manakala di Dungun, jumlah mangsa kekal 60 orang daripada 19 keluarga di tiga PPS,” katanya.

Bagaimanapun di Kemaman, jumlah mangsa turun sedikit kepada 87 orang daripada 28 keluarga berbanding 94 orang daripada 30 keluarga di tiga PPS, manakala di Hulu Terengganu pula, hanya satu PPS dibuka setakat ini menempatkan 14 mangsa daripada tiga keluarga.

Mangsa banjir yang dipindahkan meningkat lewat malam tadi memandangkan kerja pemindahan masih giat dijalankan di beberapa kawasan, katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.