Hi! Welcome Back and Stay Tune! Go Tab Diperkenalkan Untuk Google Maps – Akses Pintas Untuk Arahan Selok-Belok Lokasi Kegemaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Go Tab Diperkenalkan Untuk Google Maps – Akses Pintas Untuk Arahan Selok-Belok Lokasi Kegemaran


Google Maps adalah aplikasi peta yang sangat popular di kalangan pengguna peranti Android. Google Maps mempunyai antaramuka yang mesra pengguna, mudah digunakan, padat dengan fungsi dan ciri menarik, aplikasi peta yang pintar dengan integrasi pembelajaran mesin dan pembantu digital dan banyak lagi.

Semalam, tab Explore mempunyai fungsi baru yang mana memaparkan kandungan dari komuniti. Kandungan seperti informasi mengenai sesebuah lokasi, restoran itu ramai orang atau tidak, sebuah kafe ini sesak atau tidak atau juga pendapat pengguna mengenai makanan di sesebuah gerai. Baru-baru ini, Google mengumumkan Go Tab pula. Ia adalah akses pintas untuk arahan selok-belok ke lokasi yang kerap di kunjung atau lokasi kegemaran.

Go Tab ini hadir sebaris dengan tab Explore, Commute, Saved, Contribute dan Updates. Pengguna sendiri juga boleh tetapkan arah selok-belok ke lokasi. Contohnya, tandakan lokasi rumah dan ingin ke pejabat – tetapi dalam perjalanan ingin ke kafe untuk sarapan, pengguna boleh tetapkan laluan ini sebagai laluan kegemaran. Kemudian pergi ke Go Tab terus tekan dan gerak.

Fungsi ini akan diedarkan kepada pengguna Android dan iOS dalam minggu-minggu yang akan datang. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.