Nearby Share Kelak Boleh Berkongsi Aplikasi Antara Satu Peranti Dengan Peranti Yang Lain
Nearby Share adalah jawapan Google kepada AirDrop dari Apple. Ia membolehkan pengguna berkongsi sesuatu dari satu peranti ke peranti yang lain dengan pantas. Fungsi ini sedia terbina kepada peranti Android 6.0 dan ke atas. Sebelum ini, fungsi ini hanya boleh berkongsi fail seperti dokumen, gambar, pautan laman web dan beberapa lagi – tetapi masih terhad.
Terkini, Google mengumumkan yang Nearby Share kelak membenarkan pengguna berkongsi aplikasi pula dari satu peranti ke peranti yang lain. Fungsi ini boleh dilakukan melalui Google Play Store dan pergi ke menu Share Apps di dalam “My Apps & Games”.
Fungsi ini dilihat akan membuka Google Play Store pada peranti penerima dan muat turun aplikasi yang dikongsi itu akan dilakukan secara automatik. Pada hemat kami, buat masa ini Nearby Share masih tidak sehebat AirDrop lagi. Konsep penggunaan sudah pun menarik, mudah digunakan – tetapi ia masih terasa sedikit janggal berbanding AirDrop yang sudah lama ditawarkan kepada pengguna iPhone.
Dengan kelebihan fungsi ini, yang mana turut mirip dengan fungsi yang terbina dalam iOS – di mana pengguna boleh tekan dan tahan ikon aplikasi dan tekan Share App. Tekan AirDrop dan App Store akan dibuka kepada peranti penerima atau pautan ke App Store akan dihantar melalui iMessage atau WhatsApp. Harapnya dalam masa terdekat ini Nearby Share boleh menandingi AirDrop.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment