Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cortana Kini Boleh Cari Dan Terus Buka Fail - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cortana Kini Boleh Cari Dan Terus Buka Fail


Cortana adalah pembantu digital dari Microsoft. Mula diperkenalkan pada peranti-peranti Lumia dan dikembangkan kepada platform komputer Windows. Cortana kini tidak lagi bersaing dengan Google Assistant, Siri atau Alexa. Sebaliknya lebih fokus kepada integrasi dengan produk-produk Microsoft sahaja. Antara fokus Cortana adalah dengan Windows 10 dan Microsoft Office.

Terkini, Cortana untuk pengguna Windows 10 Insider Preview Build terkini boleh terus cari dan buka fail. Cortana kali ini bukan sahaja boleh mencari fail dari dalam komputer, tetapi turut dari storan awanan atau pelayan perusahaan seperti OneDrive for Business dan SharePoint. Dengan fungsi ini, ia akan menjadikan proses mencari sesuatu dokumen atau fail lebih pantas dan efisien.

Antara arahan suara yang boleh dilakukan adalah;

  • Carian berasaskan sebahagian nama fail (Contoh: “Hey Cortana, opening marketing deck.”)
  • Carian dari nama pemilik fail (Contoh: “Hey Cortana, open budget Excel from Ahmad”)
  • Carian dokumen terkini yang baru sahaja disunting (Contoh: “Hey Cortana, find my recent files”)
  • Carian dokumen berasaskan format fail (Contoh: “Hey Cortana, find my recent pdfs”)

Fungsi ini boleh dicuba melalui kemaskini Windows 10 Insider Preview Build 20270. Kemaskini ini turut membawakan pek kemaskini Windows Feature Experience Pack, yang kami laporkan semalam.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.