Hi! Welcome Back and Stay Tune! Emoji Kitchen Pada Gboard Kini Boleh Menghasilkan 14000 Pelekat Dari Pelbagai Kombinasi Emoji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Emoji Kitchen Pada Gboard Kini Boleh Menghasilkan 14000 Pelekat Dari Pelbagai Kombinasi Emoji


Emoji Kitchen mula diperkenalkan pada Gboard bulan Februari lalu. Ia adalah “dapur” emoji, yang mana pengguna boleh campur dua emoji untuk menghasilkan satu pelekat emoji baharu. Emoji yang dihasilkan bukan dalam format Unicode, jadi ia hanya boleh digunakan sebagai pelekat untuk dikongsi ke platform media sosial atau aplikasi pemesejan.

Menurut Google, fungsi ini menerima sambutan yang sangat baik. Sejak diperkenalkan pada Februari lalu, sudah 3 bilion pelekat dihasilkan. Terkini Google luaskan lagi kebolehan kombinasi emoji untuk menjadi pelekat ini dari ratusan pilihan kepada 14000 pilihan kombinasi.

Jika sebelum ini tekan satu emoji untuk hasilkan beberapa pilihan pelekat dalam tema yang sama, kini boleh pilih dua emoji untuk pilih kombinasi yang lebih menarik. Jika itu tidak cukup, pengguna boleh tekan emoji 🌏 dan tekan pula emoji dengan pelitup muka 😷 untuk memberi visual keadaan dunia. Boleh juga emoji dengan kaca mata hitam 😎 digabungkan dengan api 🔥 untuk visual keadaan semua baik-baik sahaja.

alt=”A Combine Earth emoji mixed with a Face with Medical Mask emoji creates an emoji kitchen sticker of an earth wearing a mask, and a Smiling Face with Sunglasses emoji mixed with a Fire emoji creates an emoji kitchen sticker of a flame wearing fiery sunglasses”>

Fungsi baru lain adalah, menghasilkan pelekat lebih menarik dan memberi makna yang sama dari satu emoji. Contohnya, tekan dua kali emoji berfikir 🤔 dua kali untuk hasilkan pelekat yang menampakkan lagi ingin berfikir dengan serius. Atau, tekan dua kali pada emoji tergelak  🤣  untuk hasilkan pelekat yang menampakkan pengguna ketawa terbahak-bahak.

alt=”A variety of combinations that are possible with Emoji Kitchen when you mix two of the same emoji including a very introspective thinker, a 1000 emoji, and an emoji with very big eyes.”>

Fungsi ini sudah pun diedarkan kepada semua pengguna Gboard Android. Ia masih lagi dalam bentuk beta. Buat masa ini masih tiada informasi sama ada fungsi ini akan diperkenalkan pada pengguna iOS atau tidak.

Cuba GBoard Versi Beta Untuk Menguji Emoji Kitchen Baharu Ini



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.